Assalamualaikum…
Bumi johor hujan..alhamdulillah rahmat allah..moga allah
merahmati kita dan kita sentiasa dalam lindungannya...
Hmmm aku bukan nak cerita bab hujan sebenarnya, tapi nak
share dengan korang mungkin berguna bila di perlukan..
Mama aku menanggung sakit hamper setahun..mama ni tukang
urut tradisional..masa majlis kawen aku mama banyak menggurut sbb tu ja sumber
rezki mama..BUKAN ni yang aku nk story…hihi aku nk story sakit yang ma aku
tanggung…
Hampir setahun dia menanggung sakit belikat bisa katanya lepas tu
minta aku urut..disebabkan aku bukan tukang urut terlatih jadi aku bedal je ngurut
hihi..mula kata kurang..tapi jadi lagi..
Habes duit jangan ditanya la..dan sememangnya aku takde
simpanan…(so u all beingat la duit yang ada jangan dihabeskan simpan untuk masa
susah..jangan jadi macam aku..sudah lah gaji mengecil dan tiada simpanan)
Pegi klinik je da 3klinik..kos perubatan swasta jangan
ditanya dapat 20rm semuanya main ratus2.. ubat..infared..injection pegi xray katanya
tulang tengkuk da bergesel.. Allah masa tu aku pikir mana nk aku pinjam
duit..aduhaii dugaan…
Mama pon usha plak ke hospital kerajaan “ HSI “ … mula pegi
klinik..
doc hanya bagi ubat tahan sakit..
aku kata ubat tahan sakit ja ke? Aku tunjuk
xray yang dari klinik swasta baru la dia belik2 xray tu pastu baru buat surat
untuk appoiment doc pakar..selesai jumpa doc klinik terus ke hospital untuk
buat appoiment dengan pakar tulang… huh … ok appoiment 12 may 2015 masa dapat
tarikh appoiment ni mengambil masa sebulan tok jumpa pakar..alahai nasib la aku
bukan orang senang kalau orang senang nak aja aku ke swasta..
Sementara menunggu nak ke appoiment tu macam2
ikhtiar..adalah kawan mama ni syor kan ke “ CERAGEM ” (korang boleh la search )
ni serba sedikit tentang CERGAM ..
CERAGEM telah mempunyai lebih 3500 centre
diseluruh dunia. Sila ke website ini untuk melihat centre di seluruh
dunia http://www.ceragem.net/
Centre disini telah
ditubuhkan pada 23 Ogos 2010 dan telah beroperasi di Taman Molek dan
menyediakan rawatan untuk orang ramai nikmati faedah kesihatan yang baik
secara PERCUMA!!.
Kini selain Katil
Ajaib CERAGEM keluaran terbaru CERAGEM adalah
Slim Belt dan Produk Kecantikan Feellan yang juga disediakan PERCUMA untuk kegunaan pengguna yang datang ke centre kami. Jadi
jangan tunggu lagi, bertindaklah dari sekarang.
Mencegah lebih baik dari
mengubati.
Temui kami, kami sedia membantu
dan jangan berputus asa atas sakit dan masalah kesihatan anda, cubalah rawatan
katil CERAGEM, Tiada Ubat, Tiada Suntikan, Tiada pembedahan dan yang
pentingnya ianya adalah PERCUMA.
No 94-01 Jalan Molek
2/2.
Taman Molek.
81100 Johor Bahru. Johor
Tel :- 07-357 2580
Isnin - Jumaat
: 8.00 pagi - 5.20 petang
Sabtu : 8.00 pagi -
1.20 petang
Ok lah sambung … mama kata alhamdulilah lega.. aku pon lega
la dengar ma kata da kurang..masa pertama kali dating aku teman sbb aku cuti
hari tu.. pastu hari berikutnya mama pergi sendiri..katanya masuk hari ke 7 bisa balik bila bola rolling
tu bergolek2 …macam nak nagis katanya ..aku pon binggung ma aku ni sakit apa
sebenarnya..
Tak lama tu guru ngaji ma ad cerita kan tentang ustazah yang
kakinya entah kenapa dan pergi ke TONGKAKNG PECAH ,BATU PAHAT sembuh deng kuasa
allah izin allah.. aku pon ckp dengan ma mintak la alamat ke no hp ke..duit mmg aku rusing..nak
tak nak kena mintak en.somi nya wet sbb aku lom gaji..
Nak kata pakar ke jalan sana tu tak la tapi pernah la 2-3
kali kesana..tu pon org bawak…ok lah ringkas kan cerita..ahad 2may2015 aku
memandu la cik bibah tu dengan penunpangnya ada mama , nenek angkat dan aku
(sebab aku yang drive,so mesti ada aku la kan)
Kali ni tawakal berserah dan memohon sedalamnya agar mama
sembuh..dalam perjalanan ke BP tu aku hanya mampu berdoa..kesian tgk mama sakit…
Keluar tol YONG PENG
(U) lepas tu jumpa traffic light BELOK KANAN terus la memandu..nanti masok
kawasan perkampungan jumpa la PARIT YANI la apa la..pastu nanti Nampak SIMPANG
KE MEDAN jangan pulak korang ke sana…korang belok ke KIRI yang mana menghala ke
TONGKAKNG PECAH.. kat situ korang cari nama tempat BINDU..kalau korang prihatin
korang akan lalu jambatan yang ada sungai (sungai apa aku tak pasti) dalam 200m
gitu korang belok ke KIRI dan terus kan la memandu sehinnga jumpa
SURAU,COURTBADMINTON & BALAI RAYA dan disitu la RUMAH AJI ni betul2
belakang balairaya
Ini kalau korang dari yong peng (u) taw law korang dr BP pon
tak susa..kalau korang tahu WET WORLD WATERFRONT BP senang sangat da..
Tapi law dari BP ,BINDU tu sebelah kanan..
Ok sesampai ja kami kerumah HAJI ni tgh merawat pesakit
dia..lalu di jemputnya kami masuk ke rumah…
Cerita punya cerita HAJI ni taw da mana maslah puncanya..ok
la masa untuk merawat…
Hihi dalam kesian tergelak tengok gelagat mama menahan
sakit..tapi agak perit gak aku tengok..tapi lembut ja HAJI ni menyelesaikan
masalah…
Alhamdulillah sekarang mama beransur seperti dulu..hanya
allah yang tahu bagaimana kesakitan yang ditanggung oleh mama…
Comments