Urutan Perineum untuk Mengurangkan Koyakan dan Jahitan Sewaktu Bersalin.

 MINYAK KELAPA :

CARA-CARA UTK MENGELAKKAN ATAU MENGURANGKAN KOYAKAN ATAU JAHITAN SEWAKTU BERSALIN

Aku buat post sebab pengalaman dari bff aku sendiri..
1st baby g hosp tros delivery babynyer taksakit tak apa..SENANGNYER!!!
2ND baby sekali lagi MUDAH..


Alhamdulillah rezki bff aku tu.. so nk tak nak sebagai wanita berkahwin sememangnya mengimpikan ZURIAT yang halal..dan sebelom melihat zuriat tu keluar pelbagai proses perlu dihadap.. salah satunya MELAHIRKAN … erkhhh macam2 cerita aku dengar ada yang terkoyak di potong, koyak sampai lubang dubur (bontot) allahuakbar ngeri..!! tapi aku yakin mesti ada cara nak elakkan dari terkoyaknya tutttt…

So kat sini aku nak share petua n usaha kita sendiri la..
Petua yang aku dapat dari orang2 berpengalaman adalah..
1.    Pagi jumaat mandi sunat jumaat lepas shampoo rambut bersih2 minum air hujung rambut sambil selawat amalkan dari 7bulan ke atas..
2.    Ada yang kata mencangkung so baby da kat bawah senang nak keluar..
3.    Banyakkan berjalan lagi dekat nak beranak..jalan la semampu yang mungkin..
4.    Minum minyak kelapa asli.. macam2 jenama ada.. VCO (VSememangnya perkara ini yang menjadi igauan ngeri setiap ibu yang bakal bersalin.. betol tak?? betol tak?? =P

Yun penah berborak2x dengan sorang member, doktor perempuan yang dah berpengalaman dan  bertugas di labour room..pasal bersalin. Jadi amik kesempatan bertanya pasal jahit dan koyak nih..

Jadi.. mengikut pendapat diye.. berdasarkan pemerhatian..

Koyakan dan jahitan banyak mana nih bergantung pada teknik seseorang tuh meneran.. and lagi satu.. faktor PEMAKANAN..

Diam kejap..apesal..pemakanan plak ye?? and jawapannya..

Kebanyakan orang india bersalin..kurang koyak tau.. sebab diyeorg byk mkn oil2x nih.. kari.. and rajin menyapu2x minyak kat badan nih.. jadikk kulit mereka nih..mcm kenyal sket tau.. elastik gitu...

oooowhhh...jeng3x... cucuk skit...tanye doktor.. aku ada jual vco utk urutan perineum. Ko rase kaedah tuh berkesan tak??? And definitely...jawapan diye yes!!!

Orite..straight to the point now...

Apakah Urutan Perineum???
-Urutan perineum adalah urutan pada bahagian perineum wanita (kawasan antara lubang vagina dan dubur) yang bertujuan untuk mengenyalkan bahagian tersebut dan mengelakkan dari berlaku koyakan atau mengurangkan jahitan sewaktu bersalin dengan menggunakan minyak yang selamat digunakan seperti Minyak Kelapa Dara.

Bila Masa untuk Buat Urutan Perineum??
- Urutan perineum boleh dilakukan seawal kandungan berusia 34 minggu ke atas.

Siapa yang Boleh Buat Urutan Perineum??
- Boleh lakukan secara sendiri atau oleh pasangan anda. Mengikut keselesaan bakal ibu

BagaimanaCARA  Urutan Perineum??
- Masa terbaik utk urutan perineum adalah selepas mandi, kerana lepas mandi.. kulit masih lembab dan selesa utk urutan.

-Keperluan : Minyak Kelapa Dara dan tangan yang telah dicuci bersih.. serta kuku yang pendek

-Posisi:
Atas katil..bersandar pada dinding
Atau atas kerusi dalam bilik air
Atas mangkuk tandas
Atas sofa
(yang penting kedudukan selamat..selesa dan tidak diganggu)Berbagai Kegunaan:
  
Penggunaan semasa Mengandung:
·                     Untuk elak rekahan kulit
·                     Untuk mudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj
·                     Untuk elak sembelit
  Penggunaan selepas bersalin:

·                     Untuk pudarkan rekahan kulit
·                     Untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting dada
·                     Untuk elak sembelit
·                     Untuk urut bayi dan elak ruam lampin

Apa itu Perineum ?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur

Urutan Perineum (sumber majalah PaMa):

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.





Teknik urutan perineum:

1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

Comments

Popular Posts