ALHAMDULILILLAH di beri kesempatan untuk menyambut RAMADHAN 

#1RAMADHAN 1436



selamat berpuasa semua... hah puasa ke idak nih? sahur ke idak??

Puasa kali ni sangat2 berbeza..yang mana aku bukan lagi status single ..n  inshallah akan mengUPGRADE status ke mummy ...moga puasa ni aku kuat dan takde pontenggg...

dengan berstatus isteri orang anak org bakal mummy org hidup berjauhan dengan suami tu kadang2 menguji kemalasan dan ke rajinan aku huwarghhh... 

kat sini aku nak share NIKMAT bersahur 

Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) 
Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. 

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Hikmah bersahur itu diantaranya
  • Dapat mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.
  • Dapat menjauhi amalan puasa bangsa yahudi, yang berpuasa tanpa sahur.
  • Membekalkan tenaga untuk beribadat kepada Allah SWT.
  • Meningkatkan keikhlasan untuk beribadat kepada Allah SWT.
  • Menghilangkan perasaan marah ketika beribadat.
  • Doa semasa bersahur amat mustajab di sisi Allah SWT.
  • Semasa bersahur kita akan mengingati Allah SWT kerana kita bangun bersahur sebagai permulaan melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). 
Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Oleh sebab itu, rajin rajinlah diri untuk bangun sahur. Jangan jadi orang yang rugi.


p/s : jangan pagi da bangun sahur tengahari bukak tudung saji lagi hikhik ... 





Comments

Popular Posts