Prosedur permohonan kebenaran nikah e-NCR online (Johor)



pengatahuan untuk si BAKAL PENGANTIN tolong semak bila date korg nk kawen nikah yer.. skrg ni sume dah canggih online jer... nk daftar nikah pon online taw jangan main2... :-) so jangan ingat kawen tu mudah senang dan cepat..nk selamat ikot la prosuder yg da d tetapkan...


apa tah mimpi nk berblog pasal kawen...nk d jd kan cerita kawan2 aku sume da dikawini hikhik...so aku pon kunon2 la nk berjinak2 mengambil tau hal yg aku akan tempuh 1hari nanti.. (sebenarnye aku pon slh 1 BAKAL PENGANTIN tu hikhik)

ni ad sikit nk share , dlm aku tekan menekan tetikusku terjumpe blog ni..

@Aya Idaya

ok..jum tegok ap patut kita buat

Untuk isi permohonan secara online, sila pergi ke http://encr.johor.gov.my/ untuk mendaftar sebagai pengguna baru.


 

pastu ini akan keluar. Click pada box terima terma dan syarat.


hah baru boleh mendaftar.


Bila dah mendaftar, kena tunggu untuk diaktifkan. Kalau dalam masa 24 jam tak aktif juga boleh terus call ke pejabat agama daerah masing-masing untuk pengaktifan. 
Pejabat kadi Johor - Johor Bahru 0722892940, 
Muar 069521573, 
Batu Pahat 074333142, 
Segamat 079311330, 
Kluang 077771245, 
Pontian 076871926, 
Kota Tinggi 078831348, 
Mersing 077998850, 
Ledang 069786290
Kulaijaya 075995602. 
Call je kata nak aktifkan akaun e-NCR, serta merta dia buat (ok, tunggu la dalam 5 minit macamtu).


lepas akaun dah aktif, kita masuk dan terus isi maklumat pada profil . Isi maklumat peribadi dan wali.

Kemudian, click pada tab nikah dan seterusnya bahagian permohonan (1). 
Status permohonan kebenaran nikah (2) boleh dicapai bila permohonan telah dihantar.


Pada borang permohonan isikan maklumat pemohon, pasangan, perkahwinan dan senarai semak wali. Bahagian wakil wali perlu diisi jika wali bukan dari wali nasab. Selesai isi semua, boleh hantar permohonan. Jangan risau kalau ada tersalah isi atau tak isi maklumat. Permohonan yang dah dihantar tak boleh diedit semula jadi perlu isi semula semua maklumat dan hantar semula permohonan. Agak leceh di situ.so make sure buat la betol2 nak kawen kan :-)


Bila dah hantar permohonan, kembali semula pada status kebenaran (2) tadi dan click. Senarai permohonan akan dipaparkan. Click salah satu pada no. rujukan (biasanya yang paling atas tu yang the latest one kita send). Kalau borang belum dihantar ke pejabat agama, status adalah Semakan Daerah. Bila dah hantar status akan jadi Kebenaran Pendaftar NCR (rujuk gambar bawah ni).


Bila no. rujukan (atas) diclick, paparan seperti di bawah akan keluar. Dan kita boleh cetak borang permohonan untuk dihantar bersama dokumen lain ke pejabat agama. Empat dokumen yang bertanda merah tu sahaja yang perlu dicetak kalau pasangan org tempatan dan wali adalah wali nasab. Borang HIV memang tak boleh print. Jadi kena amik kat pejabat agama.


Bila dah print, semua borang bersama dokumen-dokumen lain perlu dibawa ke pejabat kadi daerah dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan bagi tujuan semakan. Jika sebaliknya, permohonan dianggap batal.

Mudah kan? Sila la cubaaa..hihi. Goodluck!

NEXT --> hantar borong  pemohonan kebenaraan nikah (joohor)



p/s: salah dan silap harap d maafin..









Comments

Popular Posts