ada labah-labah laa...

jom nyanyi..
Lirik Lagu Seekor Labah-labah ('Itsy Bitsy Spider')


Seekor labah-labah,

Cuba panjat perigi,
Bila hujan turun,
Lelabah cepat lari,
Terbit matahari,
Air tiada lagi,
Lelabah boleh panjat,
Sekali lagi.


dah macam didi & friends huhu...

Assalamualaikum sahabat yang di ingati...
semoga permulaan hari yang baik untuk semua ya..
Sahabat semua sihat?
moga-moga allah melindungi sahabat semua dari segala bencana yang tak di ingini..






kali ni entry nak cerita pasal biji kecik molek yang glamor sangat nih SI CHIA SEED ..
.
Rasanya semua blog-blog,facebook dah banyak yang cerita kelebihan dan kebaikan SI CHIA SEED ni tapi jangan lupa masih ada kesan sampingan juga..
.
.
.
>> jom sue ikut cerita tentang kebaikan chia seed dulu :

Chia seed” ni dipanggil “biji chia” dalam Bahasa Melayu. Sama seperti biji bunga matahari yang merupakan bijian,  Ia merupakan makanan yang boleh dimakan tanpa dimasak, dikisar atau diproses. Biji chia berasal daripada pokok Salvia Hispanica yang merupakan ahli keluarga pudina. Salah satu sebab mengapa biji chia begitu popular di kalangan masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat adalah kerana biji chia menyihatkan, mudah dan serba guna. 
Berikut adalah kebaikan biji chia untuk kesihatan.

^^Turunkan berat badan

Bagi yang nak berdiet dan menjaga badan , ini pilihan tepat kerna apa
ia membantu menurunkan berta badan sebab biji chia terdapat karbohidrat,vitamin, mineral dan lemak. Dengan mengamalkan biji chia ia akn membuatkan perut anda rasa kenyang. Untuk menyediakn biji chia amat lah mudah kerana biji chia boleh makan ketika di rendam mahupun tidak,mudah bukan? Tetapi jika anda menyediaknya sebagai campuran di dalam agar-agar pun boleh lagi menarik.

^^Mengawal gula dalam darah


Mengekalkan dan menyeimbangkan tahap kandungan gula dalam darah adalah penting untuk kesihatan dan sumber tenaga. Gula dalam darah boleh naik secara mendadak terutamanya selepas makan makanan yang berkanji atau makanan dan minuman yang manis. Ini boleh membawa kepada kemerosotan produktiviti disebabkan anda merasa letih dan tidak bertenaga. Dengan mengimbangkan gula dalam darah, anda bukan sahaja dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit Diabetes (Jenis 2), tetapi anda juga dapat menstabilkan kandungan glukosa dan seterusnya membekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari anda. Jadi bagaimana Biji Chia ini dapat membantu? Kombinasi unik serat larut dan tidak larut yang dihasilkan oleh Biji Chia ini akan bergabung bagi melambatkan proses penukaran kanji kepada gula oleh tubuh. Jika anda makan Biji Chia atau mencampurkannya dengan makanan, ia akan membantu anda menukar makanan tadi untuk memberikan tenaga yang berterusan dan stabil. Ia akan menghalang satu siri kenaikan dan penurunan gula yang mendadak yang akan menyebabkan anda menjadi cepat letih.

^^Penyumbang Omega-3


Minyak Omega-3 yang penting untuk kesihatan ini selalunya diperolehi daripada makanan yang berasaskan ikan. Biji Chia adalah salah satu makanan yang berasaskan tumbuhan yang kaya dengan Omega-3. Jika dibuat perbandingan mengikut berat, sebenarnya Biji Chia ini mengandungai lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding ikan salmon. Omega-3 ini amat penting untuk kesihatan jantung dan mampu mengawal kadar kolestrol. Kini ia juga sering dikaitan dengan kemampuanya untuk mengurangkan berat badan. Majalah ‘USA Weekend’ juga pernah melaporkan tentang satu penyelidikan dimana sekumpulan individu yang melakukan diet dan menambahkan Omega-3 ini didalam menu makanan mereka mengalami penurunan berat yang lebih banyak setiap bulan berbanding kumpulan lain yang tidak mengambil Omega-3.
>>kenapa bayar mahal sedangkan biji chia merangkumi semuanya..

^^Bahan antioksidan
Seperti Kopi Hijau, Biji Chia juga mampu menyumbang terhadap antioksidan. Bahan ini sering menjadi topik yang sering diperkatakan ketika ini kerana sumbangannya yang tinggi kepada kesihatan. Adakah anda tahu bahawa kandungan antioksidan didalam Biji Chia ini juga adalah tinggi. Disebabkan oleh bahan yang istimewa ini, maka ia mampu menjadikan Biji Chia sentiasa segar untuk satu tempoh masa yang lama. Jika diletakkan pada suhu bilik, Biji Chia ini mampu mengekalkan kesegarannya dan masih boleh lagi dimakan dalam tempoh masa 2 tahun, tanpa dicampur dengan sebarang bahan pengawet ataupun bahan kimia yang lain. Kemampuan antioksidan seperti ini tidak mampu diperolehi daripada sumber bijian yang lain, kerana bijian-bijian tersebut tidak diperkaya dengan antioksidan sepertimana yang terdapat pada Biji Chia.

^^Kalsium untuk kesihatan tulang.
Sebenarnya mengambil satu hidangan biji chia , mampu memenuhi satu per lima keperluan kalsium harian seseorang . Kalsium membantu menguatkan gigi dan tulang , serta mencegah osteoporosis . Selain itu biji chia juga kaya akan mangan , fosforus , dan magnesium yang semuanya baik untuk kesihatan tulang . Sedangkan kandungan serat , juga dapat mengurangkan keradangan badan , menurunkan kadar kolesterol , dan meningkatkan pergerakan usus .

Comments

Popular Posts