Selasa,6 Mei 2017
=================
 19 syaaban 1438

Bulan yang dirindui semakin hampir, BULAN RAMADHAN  pantasnya masa berlalu.. 

Lebih kurang dalam 10 hari lagi untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan bulan yang dinantikan.



apa persedian untuk berperang dalam  bulan ramdhan nanti?
sudah kah anda ganti puasa ke wahai sahabat semua?



sis nak share tentang puasa yang TIDAK SEMPAT diqada ,apa perlu buat .

jom semak :
semestinya kena puasa..puasa tu WAJIB!!
TAPI kena bayar FIDYAH kira macam denda la (siapa suruh tak pose haha )

ramai musykil bab FIDYAH  ni kan meh sis share..sis pun membaca juga.. 

Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau sengaja melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.
Persoalannya di sini ialah, jika sekiranya seseorang itu menangguhkan membayar fidyah, adakah ia akan menjadi berganda?
Jawapan ringkasnya ialah, fidyah tidak berganda. Dalam hal ini kami berpandukan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 iaitu:
Bahawasanya pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie“.
sis sertakan kiraan fidyah untuk rujukan awak semua


golongan yang dikenakan fidyah


jika nak tahu selanjutnya boleh klik link ni : https://ezqurban.org/blog/apa-itu-fidyah/


SELAMAT BERPUASA 
PUASA JANGAN TAK PUASA

Comments

Popular Posts