Antara khasiat cuka epal ialah:



1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh pelbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

3. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
4. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan yang disebabkan oleh lemak. 

5. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Cuka Epal juga akan melambatkan rasa lapar. 


Jika anda memilih untuk turunkan berat badan secara tradisional, Cuka Epal adalah jawapannya. Kita agak bimbang dengan kesan jangkamasa panjang pelbagai ubat kurus baru dicipta yang terdapat di pasaran. Pengambilan Cuka Epal dengan madu, beserta senaman dan menjaga pemakan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan secara tradisional. Kepada yang tidak mengalami berat badan yang berlebihan jangan risau, pengambilan Cuka Epal tidak akan menjadikan anda kurus kering kerana yang dipecahkan adalah lemak bukan tisu otot anda. 


cara meminum cuka epal nih~~

  • Campurkan 2 sudu besar ACV dan 2 sudu besar madu/honey.
  • Kacau bersama 1 cawan air.
  • Minum 1 atau 2 kali sehari.
    contohnye la...tapi ad bnyak lagi jenis2nye..tp ap yg aku tgk ramai gn jenama ni

Comments

Popular Posts